:: mumu** ::

Monday, November 1, 2010

empat makaNan yG dilaranG kEpada pEngantiN baru

extractEd bai cik Qu D'touch sEkitar 4:57 PM
.
by SyAm EsPi on Friday, 29 October 2010 at 21:45.RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-



1. Susu


2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam



Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.




"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.


Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S." 





notakaki~ sent by bader amer... ini sekadar inf0rmatif berguNa kpade bakal2 pengantin..insya allah.. moGa2 mendapat keberkatan daripada apa Yg disuruh 0leh nabi kite.. selamat membace!... (tengs t0 u dear~ )

2 kumen ~kumen:

Anonymous said...

ada yang mengatakan yang hadis ini tidak benar
rasa2 ape yang diperkatakan ini benar ke tidak???

cik Qu D'touch said...

hmmm..
bila kite kate ade unsur yg tidak sahih..
wajib la kite cri kebenaran..
kalu xkisah, try carikan kesahihannya..
=)
tengs ya

Post a Comment

 

CIK QU D'TOUCH Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting